Write For Us

Sampel dihantar ke Makmal Penyiasatan Kebakaran ada kesan petrol

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin, 2 Disember diberitahu tiga daripada empat sampel yang dikemukakan kepada Makmal Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada 17 Jun 2018, dikesan mempunyai sisa cecair mudah menyala jenis petrol.
Pegawai Kimia Aznor Sheda Samsudin, 38, selaku saksi Pendakwaan ke-14 dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, berkata satu lagi sampel yang dihantar kepadanya untuk dianalisis tidak mempunyai sisa cecair mudah menyala.
Beliau berkata, dapatan itu diperoleh selepas memanaskan empat beg nylon berisi sampel yang dihantar kepadanya dalam ketuhar pada suhu 90 darjah Celcius selama 15 minit supaya proses pengewapan berlaku.
Beliau memberi keterangan terhadap bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Samirah Muzaffar, 44, yang juga isteri kepada Nazrin, 47, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 dan 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, kerana membunuh lelaki berkenaan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment