Write For Us

Sangat jelas, Sabah dan Sarawak disisihkan dalam Bajet 2022 - Shafie

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
50 Views
Published
Sabah dan Sarawak sekali lagi “disisihkan” oleh Putrajaya dalam Bajet 2022, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.

Ahli parlimen Warisan-Semporna Shafie itu berkata walaupun negeri Borneo menyumbang hampir RM140 bilion atau 45% daripada hasil petroleum kepada Kerajaan Persekutuan namun peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sabah adalah RM5.2 bilion dan Sarawak RM4.6 bilion saja.

Katanya, ia hanya meliputi 3.04% daripada keseluruhan nilai Bajet 2022 yang berjumlah RM322.5 bilion.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment