Write For Us

Sanusi dakwa rancangan tangkap, jejas kredibilitinya bermula 6 bulan lalu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
28 Views
Published
Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa rancangan untuk menangkapnya dan menjejaskan kredibilitinya sudah bermula sejak enam bulan lalu.

Sanusi membuat dakwaan itu berdasarkan maklumat yang diberikan rakannya, yang memberi amaran tindakan akan diambil susulan kritikan terbukanya terhadap pihak-pihak tertentu.

"Plot untuk tangkap saya sudah dirancang sejak enam bulan lalu, saya tahu dah, saya ada 'inteligent' saya, jumpa orang tu pesan jaga-jaga ada orang nak buat (sesuatu) kepada saya.

ADS

"Untuk keselamatan, saya ada pistol dalam kereta 24 jam, ada dua kelopak, 14 peluru satu kelopak, 24 jam berjaga-jaga takut orang buat jahat, orang tak buat jahat saya tak buat jahat pada orang.

"Sudah enam bulan kawan-kawan pesan, yang penting tangkap gari saya, jatuhkan moral dan hilang kredibiliti, selepas itu ceramah orang tak dengar lagi kerana saya sudah dimalukan dengan tangkapan," katanya ketia berucap di sebuah ceramah PN di Kuala Ketil, Kedah semalam, seperti dipetik Berita Harian.

ketika berucap pada Ceramah Gelombang Perikatan Nasional (PN) di Padang Awam Kuala Ketil di sini, malam tadi.

https://www.malaysiakini.com/news/672895

Sumber video: https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/videos/1025334902159604
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment