Write For Us

Sasaran kumpul RM350,000 kini tercapai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Malaysiakini mengucapkan terima kasih kepada ribuan penyokong serta pembaca kerana membantu mengumpulkan dana sebanyak RM350,000 yang diperlukan segera bagi dana pembelaan undang-undangnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran berkata pihaknya berasa terharu melihat begitu ramai orang dari pelbagai latar belakang memberikan bantuan terhadap rayuan portal terbabit.
Malaysiakini terpaksa meminta bantuan kepada orang awam bagi mengumpulkan dana selepas Mahkamah Rayuan memihak kepada syarikat Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) dalam samannya terhadap pertubuhan berita terbabit.
Mahkamah mengarahkan Malaysiakini membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 serta RM150,000 lagi sebagai kos guaman.
RAGM menyaman Malaysiakini berhubung tiga laporan serta dua klip video yang membabitkan kebimbangan dinyatakan orang awam terhadap kesihatan mereka.
Keresahan itu berkait dengan aktiviti perlombongan - dengan bahan berkaitan sianida digunakan untuk mendapatkan emas - berhampiran petempatan di Bukit Koman di Raub, Pahang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment