Write For Us

Saudi Aramco nafi tarik diri dari projek di Pengerang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
Saudi Arabian Oil Company (Aramco) menolak dakwaan mereka merancang menarik diri daripada projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) oleh Petronas.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aramco Amin H Nasser berkata sejak awal lagi mereka percaya rundingan akan berakhir dengan majlis menandatangani perjanjian kerjasama.
“Tiada, semasa perbincangan atau rundingan, sebarang rancangan untuk menarik diri daripada rundingan atau menarik diri daripada perjanjian.”
“Sejak awal lagi, kami berhasrat mengadakan kerjasama kukuh dengan Petronas dan saya gembira hari ini kami meraikan kerjasama itu,” kata Amin dalam sidang media menandatangani perjanjian pembelian saham oleh Aramco dan Petronas hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut Aramco membatalkan rancangan untuk mengadakan kerjasama dengan Petronas.
Akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal yang memetik sumber berkata, Aramco berpendapat projek itu tidak akan menjana pulangan cukup untuk syarikat terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment