Write For Us

Saudi Aramco, Petronas meterai perjanjian RAPID di Pengerang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco hari ini menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi penyertaan ekuiti syarikat minyak Arab Saudi itu dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Petronas diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sementara Saudi Aramco pula diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amin H. Nasser.
Menerusi transaksi jual beli saham itu, kedua-dua syarikat akan memiliki pegangan ekuiti sama rata ke atas beberapa projek dan aset penapisan minyak, loji perekah dan kemudahan petrokimia RAPID dalam Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dengan sejumlah AS$7 bilion (RM31 bilion) bakal dijana menerusi kerjasama berkenaan.
Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, Khalid Al-Falih.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment