Write For Us

'Saya akan lawan pertuduhan rasuah ini'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berjanji akan melawan pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya dan akan membersihkan namanya.
Musa yang ditemui selepas selesai membayar ikat jamin melahirkan rasa hairan mengapa kes ini dibuka kembali kerana menurutnya pertuduhan yang dikenakan terhadapnya telah dibersihkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu menteri di Parlimen.
Musa dikenakan 35 pertuduhan kerana menerima RM263 juta rasuah yang dikatakan berkaitan kontrak pembalakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan Musa di Hong Kong dan Singapura melalui proksi antara 2004 dan 2008.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen (11a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang merujuk kepada kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment