Write For Us

'Saya amat terkejut dan dukacita'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipukul hingga parah dalam insiden diserang sekumpulan orang yang berkumpul berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.
Bercakap kepada media di Parlimen, Zuraida berharap insiden tersebut menjadi satu pengajaran kepada semua pihak dalam menangani insiden yang sensitif seperti ini.
Zuraida turut berharap pihak polis akan membuat siasatan yang terperinci dan mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat.
Dalam insiden pagi tadi Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah selepas diserang sekumpulan orang yang berkumpul berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.
Adib kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
Malam tadi Malaysiakini menyaksikan petugas JBPM diserang ketika mereka tiba bagi memadamkan kebakaran berhampiran kuil berkenaan.
Menurut Harian Metro Muhammad Adib ialah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang ditempatkan di balai Subang Jaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment