Write For Us

'Siasatan RCI ditutup tanpa dengar penjelasan saya amat menyedihkan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terkejutnya dengan keputusan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) berhubung kerugian matawang asing (forex) Bank Negara tentang sama ada akan dirinya akan dipanggil atau tidak.
Anwar berkata sebagai menteri kewangan ketika kejadian itu, sudah pasti ini bukan suatu keputusan yang sukar untuk dibuat
“Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya.
“Oleh kerana sepanjang pendengaran ini diadakan nama saya telah dipetik beberapa kali, maka amatlah mustahak untuk saya dibenarkan memberi keterangan.
“Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini.
“Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
RCI yang diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan ditugaskan untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara yang dikatakan berlaku antara 1980-an dan awal 1990-an.
Pada 30 Ogos lalu, peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan peguam Anwar, Gurdial Singh Nijar memberitahu pemberita bahawa mereka cuba mendapatkan kepastian sama ada kedua-dua pemimpin itu akan dipanggil.
Haniff berkata beliau bertanya kepada pegawai yang terlibat dan mereka tidak mahu mengesahkan atas alasan ini adalah keputusan pesuruhjaya RCI.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment