Write For Us

IGP: Siasatan 1MDB tak pernah ditutup

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kertas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan siasatan kes berkenaan masih berjalan sehingga kini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata PDRM akan bekerjasama dengan kesemua pihak termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung 1MDB.
"Oleh yang demikian, PDRM telah buka semula kertas siasatan 1MDB dan kami akan menyiasat menggunakan tiga akta iaitu Kanun Keseksaan, Akta Syarikat dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram," katanya pada sidang akhbar majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment