Write For Us

AG: Tak betul siasatan 1MDB ditutup

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Siasatan pihak berkuasa terhadap 1MDB masih berjalan namun setakat ini masih kekurangan bukti, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Menafikan dakwaan bahawa laporan kes itu sudah ditutup, Apandi berkata kertas siasatan sentiasa dirujuk kepada Pejabat Peguam negara.
"Kami menelitinya dan jika menemui kekurangan di mana-mana, kami berikan arahan supaya siasatan diteruskan," kata Apandi semasa sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan aspek mana yang perlukan siasatan lanjut seperti didakwanya itu.
"Saya tak boleh berikan kamu butiran mengenai apa yang sedang disiasat, tapi kami katakan ia kekurangan bukti. Jadi kami mahu tumpu aspek yang itu," katanya.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk seri Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat peguam negara sekali lagi mengarahkan polis melakukan siasatan lanjut kes 1MDB pada 24 Oktober lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment