Pemaju Forest City masih belum mengemukakan rancangan untuk membina rumah mampu milik di kawasan dibangunkan mereka, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Bagaimanapun terdapat plan awal yang dikemukakan namun Zuraida berkata beliau mengarahkan pemaju untuk kaji semula plan terbabit justeru menzahirkan kebimbangan berkaitan perkara itu.
Zuraida berkata demikian ketika menegaskan warganegara asing tidak dilarang daripada membeli hartanah Forest City di Gelang Patah, Johor.
“Tidak, tidak ada larangan untuk warga asing. Mereka dilayan macam pembeli asing yang biasa.
“Kita hanya bimbang dengan komponen rumah mampu milik di sana. Kita masih menunggu pemaju bentangkan pada kita.
“Apa perancangan mereka untuk penuhi kuota rumah mampu milik dalam pembangunan Forest City,” katanya.
Zuraida berkata demikian di Wisma Bernama di Kuala Lumpur selepas melancarkan sebuah rancangan bual bicara agensi berita nasional.
Pada September tahun lalu, Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata warga asing boleh memberi unit rumah di Forest City tetapi mereka tidak akan diberikan visa untuk tinggal di sana.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment