Write For Us

'Saya bersimpati dengan rakyat' - Dr M turut hadir himpunan 'Daulat Tuanku'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
38 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut hadir berhimpun di hadapan pintu dua Istana Negara bagi membawa suara rakyat dalam himpunan 'Daulat Tuanku' anjuran NGO Pro-PN.

Mahathir berkata, dia hadir bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat yang kehidupannya semakin tersepit dan tertekan sehingga terdapat kes orang Melayu membunuh diri.

Himpunan yang dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA) adalah untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara ketika ini.

Hampir 1000 peserta berkumpul sejak jam 9 pagi tadi sambil melaungkan takbir sambil mengangkat sepanduk membawa mesej 'Rakyat Bersama Hemat Yang Di-Pertuan Agong'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment