Write For Us

'Saya jemput Arul 3 kali tolak tapi dengan PAS dia hadir'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan CEO 1MDB yang hadir ke sidang meja bulan jemputan PAS, semalam, sedangkan sudah tiga kali jemputan daripada pihaknya ditolak.
Tony berkata beliau membaca laporan media bahawa PAS berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Arul susulan kemelut yang melanda 1MDB.
Lantaran itu, kata Tony, pembangkang sekali lagi mahu menjemput Arul hadir dalam satu sesi bersama mereka bagi memberikan taklimat dan menjawab semua soalan daripada ahli Parlimen bagi pihak rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
- PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB
Semalam, PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang bertujuan membantu syarikat bermasalah itu mengurangkan hutangnya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata aset 1MDB yang telah diletakkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan melalui MOF Incorporated perlu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment