Write For Us

TMJ keliru, saya jemput dia hadir ke forum Statut Rom

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Sekumpulan mahasiswa hari ini berkata mereka mengalu-alukan sekiranya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia hadir dalam sebuah forum bagi membincangkan isu mengenai Statut Rom.
Menurut jurucakap mahasiswa berkenaan, Asheeq Ali, forum bertajuk 'Malaysia dan Statut Rom' itu akan diadakan di Auditorium Tun Suffian, Universiti Malaya (UM) bermula jam 10 pagi pada 27 April ini.
Asheeq berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada pihaknya ada mengundang mana-mana kerabat diraja menyertai forum tersebut.
Antara barisan ahli panel yang diundang ialah Peguam Negara, Tommy Thomas; Pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi, Jurucakap Kumpulan G25, Noor Farida Ariffin; peguam, Lim Wei Jiet dan Asheeq sendiri.
Setakat ini, kata Asheeq, Tommy telah mengesahkan kehadirannya dalam forum berkenaan.
Untuk rekod, kumpulan mahasiswa berkenaan sebelum ini mencuri tumpuan apabila membocorkan rumusan eksekutif kertas kerja oleh empat pensyarah yang didakwa digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-raja agar menolak Statut Rom.
Selain Asheeq, mahasiswa berkenaan ialah Sethi Alivi, Ainina Sofia Adnan, Nurhuda Ramli, Suhail Wan Azahar, Ahmad Taqiyuddin Shahriman, Wong Yan Ke, Chong Kar Yan, Nik Azura Nik Nasron dan Siti Nurizzah Mohd Tazali.
Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan kerana statut itu membahayakan negara tetapi disebabkan kekeliruan oleh "orang tertentu yang ingin bebas memukul orang."
Statut berkenaan dikritik beberapa pihak, terutamanya Tunku Ismail yang mengatakan ia melanggar Perlembagaan Persekutuan serta bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment