Write For Us

Azmin jemput saya makan malam, saya tidak dapat hadir

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ada menjemputnya hadir ke satu program makan malam akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara malam ini, dijangka dihadiri beberapa pemimpin PKR yang dikaitkan dengan kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kongres lain tidak benar. Saya juga dijemput oleh beliau(Azmin).
"Tetapi saya tidak dapat hadir malam ini kerana ada majlis di rumah saya setiap hari Ahad," kata Anwar pada sidang media selepas Kongres PKR di Melaka melabuhkan tirai hari ini.
Hotel itu adalah lokasi sama kumpulan dikaitkan dengan Mohamed Azmin sebelum ini merancang mengadakan himpunan berasingan, tarikh sama Kongres Nasional PKR berlangsung di Melaka.

Namun, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, sebelum ini menegaskan program itu bukan bertujuan mengadakan kongres berasingan, sebaliknya majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment