Write For Us

'Saya bukan askar upahan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Bekas Ahli Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah membidas kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) yang mengkritik keputusan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Menurut bekas pegawai kanan tentera laut itu, Presiden Patriot Datuk Mohamed Arshad Raji silap apabila berkata beliau tidak lagi akan mewakili veteran tentera apabila kerusi Port Dickson diberi kepada Anwar.
Menurut Danyal, veteran tentera akan memperoleh banyak manfaat apabila Anwar yang bakal jadi perdana menteri mewakili mereka.
Patriot dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata mereka menentang langkah yang diambil itu kerana beliau mewakili “suara” veteran di Parlimen.
Mohamed Arshad berkata keputusan meminta Danyal mengosongkan kerusi Parlimen boleh mengundang protes pesara tentera terhadap Anwar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment