Write For Us

'Saya bukan 'Kak Long', adakah sebab saya isteri Lim Guan Eng?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Betty Chew hari ini mengatakan bahawa dia dianiaya hanya kerana dia adalah isteri bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Dalam satu sidang media hari ini, Chew menegaskan akan terus menyokong suaminya dalam menghadapi pertuduhan mahkamah.

Beliau turut mengalirkan air mata pada akhir sidang media tersebut sambil ditenangkan oleh Lim.

Terdahulu Chew mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada sebuah syarikat ke akaun bank miliknya.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment