Write For Us

Guan Eng: Adakah benar Arul Kanda bernilai RM10 juta setahun?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan bukti pembayaran gaji RM5 juta kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Katanya beliau mahu bekas perdana menteri menunjukkan bukti berkenaan agar rakyat Malaysia dapat mengetahui ke mana wang negara digunakan.
"Saya nak tanya bolehkah mantan perdana menteri tunjuk bukti bahawa Arul mendapat RM10 juta satu tahun dan RM5 juta untuk tempoh enam bulan, ini kerana beliau (Najib) menyatakan Arul mendapat gaji lebih tinggi semasa bekerja di tempat swasta.
"Jadi saya harap mantan perdana menteri boleh tunjuk bukti," katanya kepada pemberita di Parlimen.
Najib awal bulan lalu mempertahankan bonus RM5 juta (ex-gratia) yang diberikan kepada Arul Kanda.
Ditanya di lobi parlimen, Najib berkata Arul dibayar lebih tinggi sebelum beliau menyertai syarikat pelaburan negara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment