Write For Us

Kerajaan tuntut RM2.5 juta yang dibayar kepada Arul Kanda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) akan menuntut kembali bayaran ex-gratia RM2.5 juta daripada Arul Kanda Kandasamy ketika menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak meluluskan bayaran tersebut dan tindakan mahkamah akan diambil untuk menuntutnya.
“Pihak kerajaan persekutuan (melalui) MOF telah memberikan arahan untuk menuntut balik pembayaran RM2.5 juta yang telah diterima oleh Arul Kanda.
“Kita tidak luluskan pembayaran RM2.5 juta tapi yang telah dibayar RM2.5 juta (maka) tindakan mahkamah dan guaman telah diambil untuk menuntut balik (bayaran itu).
“Dan (kita) juga mengkaji tindakan lain supaya apa-apa keputusan yang telah dibuat dan merugikan 1MDB kita pun boleh tuntut balik kepada Arul Kanda,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment