Write For Us

SPRM tangkap Arul Kanda!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy ditahan selepas sejam hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB.
Memetik laporan Berita Harian online, Arul Kanda ditahan kira-kira jam 10.35 pagi dan tidak dibenarkan ikat jamin sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pagi untuk didakwa.
Peguam mewakili Arul Kanda, Datuk N Sivananthan, mengesahkan anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
Sebelum itu Arul Kanda tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi.
Terdahulu, bekas ketua setiausaha negara (KSN) TAn Sri Dr Ali Hamsa turut kelihatan berada di ibu pejabat SPRM itu namun tidak dapat dipastikan tujuan kehadiran beliau di SPRM.
Pada 25 November lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu mengenai perkara itu.
Semalam, Najib ditahan kira-kira dua jam setengah di SPRM ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pada 6 Disember lalu, Najib hadir kali pertama untuk memberi keterangan yang mengambil masa kira-kira empat jam di SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.
Antara yang telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini ialah bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment