Write For Us

'Saya bukan Presiden FAM yang sorok belakang gerobok'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak cakap-cakap isu penambahan kouta pemain import akan membuatkan pemain tempatan tidak berdaya saing.
Kata TMJ, kita mahu lihat tanpa ada pemain import sejauh mana pasukan dalam negara boleh bersaing dalam kejohanan seperti AFC dan mutu liga tempatan kita sendiri.
"Kalau nak semua anak tempatan tanpa pemain import, boleh. Saya nak lihat berapa jauh kita boleh pergi dalam pertandingan AFC, liga tempatan"
"kalau setakat nak menang Piala AFF setiap tahun bolehlah".
Tegasnya, para pemain tempatan perlu bersaing dengan pemain-pemain yang jauh lebih hebat dan bukannya menyalahkan pemain import itu sendiri.
"Sikit-sikit salahkan pemain import, salahkan FAM tetapi tak salahkan diri sendiri"
"Kalau awak tak nak bersaing dengan pemain lebih handal, itu salah siapa?".
TMJ juga berkata beliau berharap individu-individu yang sering menyalahkan pemain import untuk tampil berhadapan dengannya.
"Saya bukan Presiden FAM yang sorok belakang gerobok. Saya berhadapan dengan kamera, video, televisyen dan media"
"Saya tiada masalah, kerana saya ada jawapannya".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment