Write For Us

'Saya gembira melihat senyuman pada diri mereka'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Sebuah syarikat hartanah dan produksi perfileman Malik Streams Corporation Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurkan program tanggungjawab sosial iaitu program penyampaian Sumbangan Aidilfitri 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kesemua 120 pesakit di wad 23,34 dan 27 di hospital berkenaan menerima duit raya dan hamper tanpa mengira agama dan kaum.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Malik Dasthigeer berkata semangat itu diambil bagi mencontohi layanan sama rata pihak HKL kepada semua pesakit yang mahu mendapatkan rawatan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama pihak pengurusan tertinggi HKL pada Khamis.
Sebelum ini, syarikat itu mengadakan pelbagai program dan aktiviti amal yang melibatkan anak-anak yatim, warga emas dan ibu tunggal hampir setiap tahun.
Aktiviti amal ini biasanya diadakan pada bulan perayaan dengan tujuannya untuk mengurangkan beban golongan yang tidak berkemampuan.
Antara program tanggungjawab sosial syarikat tersebut ialah bantuan kewangan, makanan dan barangan keperluan kepada anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta menaja umat Islam ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Abdul Malik berharap institusi seperti HKL sebegini harus dipertingkatkan dan bersedia untuk membantu pesakit pada tahun akan datang dengan peningkatan bantuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment