Write For Us

'Saya gembira, terima kasih'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Buat masa ini, ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak akan meninggalkan Umno, di sebalik pelawaan seorang menteri Pakatan Harapan supaya beliau menyertai Bersatu.
"Saya agak gembira dengan kedudukan sekarang, terima kasih," kata bekas ketua Pemuda Umno itu ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
Apabila diajukan soalan adakah ini bermakna beliau menolak tawaran itu, Khairy hanya mengulangi jawapannya.
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq, yang menggantikan Khairy sebagai menteri belia dan sukan, Ahad lalu mengundang pemimpin Umno itu menerusi Twitter, dengan berkata tindakan berkenaan bagi memperkukuh kedudukan parti yang berhaluan sederhana buat masyarakat Melayu.
Kenyataan Syed Saddiq itu dibuat selepas Khairy berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempunyai asas apabila mempelawa semua parti Melayu untuk menyertai Bersatu.
Katanya, walaupun beliau "mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir mengenai banyak perkara" tetapi adalah "angkuh" untuk menolak apa yang diperkatakan oleh pengerusi Bersatu itu.
Mahathir pada Jumaat lalu mempelawa semua parti Melayu, termasuk Umno menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan orang Melayu dan memastikan mereka memenangi pilihan raya umum.
Ini kerana katanya, orang Melayu terlalu berpecah belah dengan kewujudan banyak parti Melayu.
Bagaimanapun, pandangan itu ditolak beberapa pemimpin politik termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan dan AJK PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment