Write For Us

'Terima kasih warden penjara jaga saya sebulan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Batu, Tian Chua bertekad akan meneruskan perjuangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 pada bila-bila masa selepas menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selama sebulan.
Tian Chua juga sempat melahirkan penghargaan kepada warden penjara yang menjaganya ketika di penjara dan juga kepada para penyokong HARAPAN yang menyambut pembebasannya di luar penjara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus bebas dari penjara.
Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 kerana enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak pada 2.30 petang 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan BERSIH 3.0.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.
Tian Chua telah menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan itu dan menjalani hukuman penjara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment