Write For Us

Terima kasih kepada isteri saya - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur yang juga Penaung Yayasan Permata kerana telah merasmi dan menyumbang kemudahan bilik menunggu bagi saksi kanak-kanak.
"Terima kasih kepada isteri saya kerana menyumbang penyediaan kelengkapan bilik saksi dan menunggu kanak-kanak," kata beliau semasa perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Bilik Permata dilengkapi dengan perabot, televisyen, komputer dan permainan kanak-kanak serta perpustakaan kecil yang menyediakan bahan-bahan bacaan sesuai untuk kanak-kanak yang disumbangkan Yayasan Permata.
Najib dalam ucapannya pada majlis perasmian itu berkata kemudahan khas itu penting bagi memastikan kanak-kanak malang yang menjadi mangsa diberikan perlindungan sewajarnya dan selesa semasa menghadiri perbicaraan kes.
"Saya difahamkan bahawa kemudahan kanak-kanak di mahkamah ini lebih baik daripada di London dan mudah-mudahan standard ini boleh dicapai di mahkamah-mahkamah lain nanti jika Yayasan Permata ada kemurahan hati untuk menderma lagi," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment