Write For Us

"Saya hamba rakyat Johor," jawab TMJ pada Shebby

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Ketika sesi 'Face Off' malam Rabu lalu, Pengulas Sukan Serbegeth "Shebby" Singh sempat melontarkan soalan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) hingga menyebabkan Tunku 'ingin' menamparnya.
Shebby bertanya "Jika Tunku ada 10 jam, berapa jam Tunku beri tumpuan pada JDT dan tumpuan kepada FAM"
Sambil berseloroh Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab "Ini soalan orang kata memang nak kena backhand (penampar)"
TMJ menegaskan bahawa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), FAM adalah tugas dan tanggungjawab saya tetapi Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah cinta dan kasih sayang saya.
"Jika saya cakap lima untuk JDT, lima untuk FAM saya tipu"
"Atleast (sekurang-kurangnya) enam jam buat JDT, empat jam buat FAM".
Tunku menegaskan FAM adalah tugas di mana Tunku mahu memastikan FAM tidak disalahkan gunakan oleh mana-mana pihak atau individu yang mahu menggunakannya sebagai alat politik dan itulah sebab mengapa Tunku memilih menjadi Presiden FAM.
"Tetapi cinta, kasih sayang, dedikasi dan masa adalah untuk JDT, saya tak boleh tipu"
"Ini kerana saya adalah hamba rakyat Johor, saya berkhidmat untuk mereka tidak kisah dalam sukan, ekonomi, pentadbiran kerajaan, semua untuk mereka"
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment