Write For Us

'Saya hanya takut kepada Allah SWT'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Najib Razak, hari ini, melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu.
Sumpah laknat itu dibuat 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat di situ dan disaksikan ribuan jemaah termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dan Datuk Seri Ahmad Maslan serta beberapa ahli politik lain.
Najib terlebih dahulu memaklumkan bahawa ia bertujuan membersihkan namanya yang didakwa terbabit memberi arahan pembunuhan Altantuya sebagaimana akuan bersumpah (SD) yang dibuat salah seorang suspek yang kini berada di Penjara Kajang yang juga bekas pegawai di Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri.
Katanya, sumpah itu adalah kali ketiga dibuatnya iaitu yang pertama di Ijok, Selangor pada 2007 dan kali kedua di Guar Perahu, Pulau Pinang pada 2008.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment