Write For Us

Tak gentar Tun M, hanya takut pada Allah - AG

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
94 Views
Published
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau tidak menyembunyikan sebarang bukti jenayah berhubung skandal 1MDB seperti yang didakwa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya kepada Malaysiakini, apa yang beliau lakukan sebagai Peguam Negara adalah berdasarkan fakta yang terkandung di dalam kertas siasatan.
Mahathir malam tadi berkata, jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyoal Apandi untuk menjawab dakwaan bahawa beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Walau bagaimanapun, kata Apandi, beliau tidak gentar dengan kenyataan Mahathir atau sesiapa sahaja tetapi hanya takut kepada Allah.
Pada Januari tahun lalu, Apandi membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadinya dan skandal SRC International.
Beliau juga telah menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB telah diselewengkan.
Bagi Apandi, dana RM2.6 bilion yang berada di akaun Najib adalah sumbangan dari keluarga diraja Saudi, walaupun DOJ mempertikaikannya.
Sebaliknya, DOJ, dalam saman sivil berkaitan MDB, mendakwa bahawa wang berkenaan berasal dari 1MDB.
Najib secara konsisten menyangkal bahawa beliau menyalah-gunakan dana awam untuk keuntungan peribadi dan mendakwa bahawa pertuduhan tersebut adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment