Write For Us

'Saya lega dengan keputusan mahkamah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua atas tuduhan menghina kehormatan seorang anggota polis.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, yang menolak rayuan Chua terhadap sabitannya di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, bagaimanapun, mengurangkan jumlah denda RM3,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Mac lalu, kepada RM2,000.
Ketika ditemui pemberita kemudian, Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang, 54 berkata hukuman yang dikurangkan itu akan membolehkan dirinya bertanding pada pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Mac tahun lalu mendapati Chua bersalah kerana menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A Sinappah.
Chua didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, Petaling Jaya, pada 7.45 malam 14 April 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment