Write For Us

"Saya masih takut, mereka ramai geng"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Pemandu lori yang dibelasah beberapa lelaki di luar kondominium di Ampang pada 14 Januari lalu, Nasrul Faiz Zulfahmi hari ini memberi kenyataan berhubung berhimpun secara haram di Plaza Tol Sungai Besi.
Katanya, meskipun sudah dua minggu peristiwa ngeri itu berlalu, beliau masih lagi terkesan dan takut sekiranya dipukul sekali lagi.
Beliau berkata demikian selepas merakam kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kira-kira 11 pagi hari ini.
Katanya beliau tidak lagi menerima sebarang ugutan seperti minggu lalu.
Nasrul ketika ditanya mengenai lima individu yang memukulnya dihadapkan ke mahkamah Ampang hari ini berharap agar mereka menerima hukuman yang setimpal.
Turut dipanggil memberi keterangan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah dan Bendahari NGO pemandu lori yang dikenali sebagai Tracker and Sniper Khairi Ali.
Dalam kejadian yang menyebabkan rakaman serangan itu menjadi tular, Nasrul Faiz mengalami pelbagai kecederaan termasuk yang memerlukannya menerima 13 jahitan di leher.
Susulan dari kejadian yang menimpa Nasrul, kira-kira 200 drebar lori berhimpun di Plaza Tol Sungai Besi sebagai tanda solidariti.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kerana berhimpun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment