Write For Us

'Saya merayu sangat pada menteri, tolong' - Wee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong merayu kepada kerajaan supaya supaya bil air dan elektrik dikecualikan daripada kenaikan SST.

Menurut Wee ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, kenaikan bil air dan elektrik adalah segala penghulu segala kenaikan yang akan membebankan rakyat, oleh itu Wee berharap kerajaan dapat menyemak semula keputusan yang ingin dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Ali ketika menjawab soalan tambahan dari Wee itu memberitahu cadangan pengecualian kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas bil air dan elektrik akan diteliti dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) pada 20 Mac ini.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=DiyQrt4-XA8
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment