Write For Us

Saya minta maaf - Ku Nan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf secara terbuka kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas kata-kata yang disifatkan menimbulkan rasa tidak puas hati ramai.
Tengku Adnan berkata kemungkinan penggunaan perkataan ‘slow learner’ yang diucapkannya tempoh hari menimbulkan rasa marah sesetengah pihak.
“Saya langsung tidak ada niat untuk merendahkan mana-mana pihak. Saya juga telah mohon maaf jika kata-kata saya mengguris hati sesiapa. Kepada sesiapa yang rasa terguris saya mohon maaf terhadap apa yang telah saya sebutkan,” katanya dalam satu sidang media di PWTC hari ini.
Terdahulu, Tengku Adnan mengadakan pertemuan khas dengan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), yang diketuai presidennya, Datuk Mohamad Zaini Hassan berhubung isu berkenaan.
- 'How can man! Marah Umno ni kenapa?' soal Ku Nan
Pada Ahad lalu, Tengku Adnan membuat kenyataan itu ketika berucap pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment