Pemilik 'dobi untuk Muslim sahaja' di Muar, Johor yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya, akur dengan arahan istana untuk menghentikan dasar kontroversi itu selepas ia dikecam oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Memetik FMT, pemilik dobi itu memohon maaf kepada Sultan Ibrahim, rakyat Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang tersinggung dengan dasarnya yang menerima kecaman pelbagai pihak.
“Saya sudah patuh pada titah Tuanku. Saya memohon maaf pada Tuanku, rakyat Johor atas apa yang berlaku dan berharap kekecohan selama beberapa hari ini akan reda. Saya sudah tidak menggunakan papan tanda berkenaan.
“Saya memang tiada niat untuk menjadikan isu ini suatu perkara yang besar,” beliau dilapor sebagai berkata.
Jelasnya, beliau tidak ada niat untuk menjadikan isu ini suatu perkara yang besar dan sudahpun tidak menggunakan papan tanda berkenaan.
Namun, pemilik dobi itu berkata akan tetap meneruskan perniagaannya.
Terdahulu, memetik The Star, Sultan Ibrahim mengarahkan kedai dobi itu supaya menghentikan dasar kontroversi itu atau berdepan risiko ditutup.
Baginda bertitah Johor adalah negeri yang dimiliki Bangsa Johor dan milik semua kaum dan agama.
Tambah baginda, Johor bukan sebuah negara Taliban dan tidak menerima tindakan premis itu yang bersifat ekstremis.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment