Write For Us

Saya nak kaji kenapa banyak sangat masalah di Kementerian Pendididkan - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.
Pemangku Menteri Pendidikan itu berkata, beliau akan mengkaji dahulu mengapa permasalahan itu timbul sebelum dapat membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Saya perlu mengkaji dahulu masalah berkenaan sebelum membuat keputusan. Terlampau banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi saya harus tahu mengapa ia timbul dan apakah langkah penyelesaian yang sesuai,” katanya kepada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Depot DMIA, di sini semalam.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya apakah keutamaan beliau selepas memangku jawatan itu bermula 3 Januari lepas, bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan.
Ditanya sama ada beliau akan memisahkan semula Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata - “Itu sesuatu yang saya mungkin akan pertimbangkan, berdasarkan cadangan anda”.
Berhubung isu influenza, Dr Mahathir berkata Kementerian Kesihatan sedang menilai sama ada penyakit itu telah merebak dengan meluas atau masih berada di peringkat awal.
Beliau juga berkata akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Beliau berkata antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Secepat mungkin," katanya secara berseloroh apabila ditanya bila beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment