Write For Us

'Saya nak tahu apa kesalahan Jho Low buat di Malaysia?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
293 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan seseorang itu boleh ditahan sekiranya melakukan kesalahan yang termaktub di bawah undang-undang negara, di Malaysia.
"Di Malaysia, kita boleh menahan seseorang itu jika kesalahan itu dilakukan dalam negara. Saya juga nak tahu apa kesalahan yang dia (Jho Low) lakukan di Malaysia?
"Selama ini, Mahathir mempersoalkan seluruh dunia mengetahui mengenai kesalahan Jho Low, hanya Malaysia yang macam tak tahu.
"Segala dakwaan kesalahan (Jho Low), jika ada, dilakukan di luar negara. Jadi biar undang-undang kerajaan luar negara mengambil tindakan terhadapnya (Jho Low).
"Di Malaysia, beritahu saya, apa kesalahan yang dia lakukan? Saya pasti jika dia melakukan kesalahan dalam negara ini, di bawah undang-undang negara, kita boleh ambil tindakan terhadapnya," jelas Nazri
Nazri diminta mengulas berhubung tindakan polis menutup kes terhadap Jho Low.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di studio animasi Les 'Copaque di Shah Alam hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment