Write For Us

'Saya tak perlu menjawab kepada penjenayah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
“Saya rasa saya tak perlu jawab kepada seorang penjenayah yang dah dituduh di mahkamah,” tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan mengenai terdapat peningkatan kes keganasan senjata api secara mendadak semenjak mengambil alih jawatan ketua polis negara.
Sanjeevan semalam membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya mendakwa wujud konflik kepentingan melibatkan sebuah akademi menembak milik abang Khalid.
Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), abang kepada Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar merupakan pengarah di Unggul Shooting Academy.
Firma itu ditubuhkan pada November 2013, enam bulan selepas Khalid dilantik menduduki kerusi ketua polis negara.
Malah, Sanjeeven juga menggesa badan tersebut menyiasat jika terdapat sebarang hubungan antara Unggul Shooting Academy dan firma pembekalan senjata dan peluru, Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd yang dimiliki anak perempuan Khalid.
Bagaimanapun, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut dan menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment