Write For Us

'Saya tak tengok pun video tu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengakui tidak melihat klip video seks tular didakwa mirip kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Bagaimanapun, Khalid berkata beliau menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Kabinet untuk mengkaji perkara terbabit.
Beliau ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Wangsa Maju pada Ahad.
Haziq baru-baru ini menggemparkan negara apabila mendakwa dia adalah individu dalam rakaman klip video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei.
Dalam pengakuannya sehari selepas video itu disebarkan, Haziq mendakwa kejadian itu dirakam tanpa pengetahuannya dan diedarkan sehari sebelumnya.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan klip video tersebut.
Azmin pula menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment