Write For Us

'Saya wakil Padang Rengas debat dengan Mahathir'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui "keliru" apabila kerajaan dan Umno mendakwa beliau berhujah tidak mewakili mereka.
Pada masa sama, kata Nazri, pembangkang menganggap beliau bercakap nanti adalah mewakili kerajaan.
Dalam keadaan begitu, Nazri berkata: "Senang saja."
"Saya mewakili pengundi Padang Rengas kerana saya ahli parlimen Padang Rengas," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Kata Nazri, semasa perdebatan itu nanti beliau akan berhujah untuk mempertahankan perdana menteri kerana kedudukannya sebagai anggota kerajaan.
Namun, katanya, terserah kepada mana-mana pihak untuk mentafsir tindakan berdepan dengan Dr Mahathir itu nanti.
Mengenai persiapan debat itu, Nazri berkata, setakat ini semuanya berjalan lancar dan polis juga memberikan pandangan berhubung aspek keselamatan.
Katanya, pihak Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar juga memberikan kebenaran untuk beliau menggunakan dewan mereka.
Debat antara dua tokoh yang sudah lama saling berbalas hujah itu dijadual diadakan di Padang Rengas dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakannya pada 25 Mac ini.
Isu 1MDB dan skandal Bumiputra Malaysia Finance dijangka menjadi tumpuan dalam perdebatan berkenaan.
Setakat ini sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sudah membayangkan parti itu menjarakkan diri daripada debat berkenaan, iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment