Write For Us

Tun M sempat sindir Nazri dalam ceramah di Padang Rengas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Walaupun debat antara mereka di Kuala Kangsar ditangguhkan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masih dapat bertemu, walaupun kedua-duanya sekadar menghirup semangkuk cendol petang semalam.
Pada program ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada sebelah malam, Mahathir menceritakan kesungguhan Nazri untuk berdebat dengannya.
"Tetapi saya nampak partinya tidak sokong, kerajaan tidak sokong, tiada siapa yang sokong dia supaya dia tidak boleh berdebat dengan saya.
"Tetapi tidak apa, kita berdebat di Shah Alam pada 7 April".
Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hairan mengenai suasana 'sepi' antara kedua-dua mereka semalam.
"Dia bertekad jumpa dengan saya tetapi apabila kami bertemu di tempat cendol, dia tidak berkata apa-apa. Apa gunanya berjumpa tetapi tidak kata apa-apa," jelas Mahathir dengan disambil gelak ketawa oleh para hadirin.
Pada ketika itu, mikrofon yang digunakan Mahathir tiba-tiba tidak berfungsi.
Selepas seminit lebih, setelah pihak penganjur bergegas untuk menyelesaikan masalah, Mahathir berjenaka: "Mikrofon ini seperti Nazri, hilang suara".
Video ucapan dimuat naik Parti Pribumi BERSATU Malaysia di Facebook.
Dalam pada itu, Nazri berkata, beliau hanya mendiamkan diri ketika pertemuannya dengan Mahathir semalam kerana tidak ditanya sebarang soalan.
"Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.
"Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Nazri, beliau mahu menghormati majlis kerana terdahulu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Hamidah Osman berkata, tiada ucapan akan disampaikan di kawasan gerai-gerai berkenaan.
"Ia adalah kesempatan bagi mereka, bukan saya, jadi saya hormati apa yang mereka tanya saya, jadi saya tak berkata apa-apa.
"Tetapi saya banyak bercakap dengan orang di sebelah kanan saya, kerana dia tanya soalan, jadi saya jawab. Tetapi Mahathir tak tanya apa-apa kepada saya," kata Nazri.
Nazri berkata, Mahathir kemudian menyebut mengenai Sungai Perak dan mahu melihat kawasan berkenaan.
"Kami hanya ikut dia, kemudian dia bercakap dengan orang yang berdiri dekat kami dan kata dia nak pergi, dan saya ucapkan selamat jalan, itu sahaja," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment