Write For Us

SD Azilah peluang M'sia bersih nama - Bapa Altantuya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Bapa kepada Altantuya warga Mongolia yang dibunuh, Setev Shaariibuu melihat pendedahan mengejutkan oleh bekas polis yang menunggu hukuman mati, Azilah Hadri pada hari ini sebagai peluang untuk Malaysia membersihkan namanya.

Dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini, Shaariibuu berkata beliau kini dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan tetapi sedar mengenai SD Azilah yang mengaku telah membunuh Altantuya pada tahun 2006 selepas didakwa mendapat arahan daripada Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Ini peluang pihak berkuasa Malaysia sekarang untuk membersihkan nama negara di peringkat antarabangsa sekiranya mereka dapat segera mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan ini," kata Shaariibuu dari Ulaanbataar, Mongolia.

"Kami berharap pendedahan terkini ini dapat mempercepatkan kebenaran dan membantu keluarga saya menuntut keadilan untuk anak perempuan saya, yang telah meninggalkan kami dengan tiba-tiba secara tidak adil, 13 tahun lalu," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment