Write For Us

Sebalik 2 juta cubaan akses Padu, sistem masih selamat - Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
26 Views
Published
Menteri Ekonomi Rafizi berkata walaupun terdapat sebanyak dua juta cubaan menggodam Pangkalan Data Utama (Padu), sistem yang digunakan masih lagi selamat.

Menjawab soalan wartawan jumlah cubaan yang menggodam akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai untuk mendaftar Padu, Rafizi berkata tiada sistem yang akan bebas dari cubaan digodam.

Semalam Rafizi mendedahkan lebih dua juta cubaan bagi menembusi ciri keselamatan Padu dibuat setiap hari, ketika peringkat permulaan sistem itu diperkenalkan.

Bagaimanapun Rafizi berkata setakat ini tiada pihak yang berjaya kerana ciri keselamatan sistem berkenaan mematuhi piawaian global, termasuk bagi komponen keselamatan rangkaian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment