Write For Us

Sebarang perbincangan dengan Dr Mahathir tidak lagi berbangkit Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembentukan kerajaan, tidak lagi berbangkit.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan, Dr Mahathir sudah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) walaupun gabungan itu masih wujud.
"Tidak (akan lagi berjumpa Dr Mahathir). Perkara itu tidak lagi berbangkit. Kami masih PH sedangkan dia (Dr Mahathir) sudah meninggalkan PH," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PH di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan mengadakan pertemuan semula dengan Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu.
Ditanya mengenai pelantikan semula Dr Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anwar secara ringkas menjawab itu adalah keputusan Ahli Parlimen Langkawi terbabit.
Ditanya pula sama ada PH akan menerima jika BERSATU menyertai semula gabungan itu, Anwar berkata, keputusan boleh berubah mengikut keadaan.
Terdahulu Anwar bersama pimpinan PH mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di sini.
Mesyuarat yang bermula pada jam 1.30 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian, difahamkan membincangkan mengenai isu dalaman parti dan situasi politik negara.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment