Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BERSATU tidak melakukan sebarang urus janji dengan anggota Parlimen dari Umno, termasuk menawarkan kepada mereka wang untuk melompat parti.
Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BERSATU, malahan berkata, “kami telah menetapkan bahawa untuk menyertai BERSATU, mereka hendaklah meninggalkan Umno, menjadi anggota bebas untuk satu tempoh dan hanya selepas itu boleh memohon menjadi anggota parti kami”.
“Sekiranya didapati sebarang elemen rasuah dalam perkara ini, anda disambut baik untuk melaporkannya dan kita akan ambil tindakan.
“Kami tidak membuat urus janji dengan penjenayah,” kata Dr Mahathir bila ditanya sama ada terdapat elemen rasuah apabila pemimpin Umno melompat ke BERSATU atau berhasrat berbuat demikian bagi mengelak mereka didakwa akibat kesalahan lampau.
Dr Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment