Write For Us

Sekolah vernakular sah: 'Cukup di sini, jangan main isu lagi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
19 Views
Published
Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berharap semua pihak terus fokus dan terus ke hadapan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan penubuhan sekolah vernakular dan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan ini jelas menunjukkan sekolah vernakular tidak dapat dipertikaikan dan ia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami berkata pihaknya berharap agar pihak plaintif tidak membuat rayuan berkaitan keputusan ini kerana ia diputuskan di bawah perlembagaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment