Write For Us

Samsuri 'jinakkan' saranan Muslimat nak hapus sekolah vernakular

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Tidak sampai sejam selepas wakil Dewan Muslimat PAS menyeru Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menamatkan sistem pendidikan vernakular di negara ini, naib presidennya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menegaskan apa yang disarankan itu bukanlah dasar parti.
Ketika berucap membahaskan ucapan dasar presiden sempena muktamar ke-65 hari ini, wakil Muslimat PAS, Salamiah Md Nor, berkata beliau melihat sistem yang diamalkan sekarang tidak membawa kepada perpaduan antara rakyat di negara ini.
Menurut naib ketua Muslimat PAS itu, Maszlee dilihat tidak melihat lebih jauh sistem pendidikan negara.
Justeru kata Salamiah, Muslimat PAS menyeru agar sistem pendidikan negara mengutamakan aspek takwa dan menjadikan al-Quran sebagai dasar.
Pada sidang medianya selepas itu, Ahmad Samsuri menjelaskan, apa juga saranan dinyatakan dalam muktamar bukanlah dasar rasmi kepada parti.
Kata menteri besar Terengganu itu, selagi ia tidak dibawa sebagai dasar kerajaan ia masih kekal sebagai pandangan biasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment