Polis menafikan laporan portal berita kononnya sepasang suami isteri melakukan hubungan seks yang didakwa berlaku di tepi lebuh raya di Changkat Kledang, Jawi, di Pulau Pinang.
Ramai warga maya menyiarkan semula gambar yang muncul dalam laporan di sebuah portal tanpa membuat sebarang pengesahan.
Akhbar Utusan Malaysia memetik Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, gambar bukannya dirakamkan di Pulau Pinang.
“Tempat kejadian seperti dalam gambar itu menunjukkan bukan di Malaysia. Lebuh raya kita tidak ada pagar berwarna hijau dan kedudukan tembok serta kereta juga menunjukkan bukan di dalam negara ini.
“Kita juga tidak menerima sebarang laporan tentang kejadian itu dan tidak mengambil keterangan mana-mana pihak termasuk pasangan yang dikatakan tinggal di Jelutong,” katanya.
Portal berita itu semalam memuat naik berita itu selepas menerima gambar aksi pasangan itu daripada seorang pembaca menerusi emel yang kononnya berang dengan kejadian tidak bermoral itu ketika melalui lebuh raya berkenaan.
Berdasarkan laporan itu, pasangan berkenaan tidak mengendahkan pemandu walaupun telah menjerit ke arah mereka menyebabkan dia mengikuti kedua-dua mereka ke rumah selepas kejadian.
“Saya telah menemubual mereka di rumah dan lelaki itu memberitahu alasannya yang mahu hubungan seks luar biasa manakala wanita itu tidak berpuas hati dengan ruang kereta yang kecil,” kata pemandu itu seperti dipetik portal berita berkenaan.
Portal itu juga mendakwa wartawannya telah mewawancara pasangan itu.
Katanya, pada awalnya, mereka menafikan sebarang pengetahuan tentang kejadian itu, tetapi apabila ditunjukkan gambar berkenaan, mereka mengaku bersalah dan meminta maaf.
Tiada maklumat mengenai siapa yang memiliki portal berkenaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment