Write For Us

'Selagi BN perintah, penjawat awam harus sokong kerajaan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menyokong kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional.
Azalina juga turut mengingatkan kepada penjawat awam yang ingin menyuarakan pendapat harus menggunakan saluran yang betul ataupun berhenti menjadi penjawat awam.
Azalina berkata demikian ketika berucap ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya pagi tadi.
Terdahulu, Azalina menjawab isu gambarnya dikelilingi mesin judi yang menjadi viral ketika berkunjung ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Azalina berkata terdapat segelintir pihak cuba memusingkan fakta kononnya beliau berjudi, sedangkan mesin-mesin judi itu mudah didapati di lapangan terbang di situ.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment