Write For Us

Kerajaan tambah baik saraan penjawat awam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam perbentangan bajet2020 berkata bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, kerajaan akan menambah baik saraan penjawat awam.
“Pertama, menaikkan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.
“Kedua, membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.
“Ketiga, menawarkan perlindungan kemalangan diri berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),” katanya.
Sebagai tambahan, Lim berkata, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, kerajaan antara lain akan juga memperkenalkan pembayaran faedah ex-gratia kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.
“Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment