Write For Us

PPA1M boleh tambah harta penjawat awam - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
166 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bukan sahaja untuk menyediakan kediaman malah ia bertujuan untuk menambah harta penjawat awam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil langkah untuk membina projek PPA1M demi kesejahteraan keluarga dan diri penjawat awam yang akan diberi hak milik hartanah itu.
Katanya sebagai tunjang kepada jentera pentadbiran kerajaan, penjawat awam merupakan kumpulan sasar yang amat penting bukan sahaja dalam mendukung dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan malah merupakan kumpulan yang banyak memainkan
peranan dan menyumbang jasa kepada pembangunan negara.
"Amat wajar penjawat awam dapat menduduki kediaman yang selesa, aman dan dapat mengecapi penambahan nilai harta atau aset yang dapat dijadikan simpanan mereka sepanjang usia mereka sebagai penjawat awam," katanya pada majlis penyerahan kunci PPA1M Larai di Presint 6, di sini hari ini.
Najib berkata penyediaan rumah mampu milik merupakan agenda utama kerajaan dengan kerjasama pihak swasta dan antaranya ialah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Mesra Rakyat, Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), rumah generasi kedua Felda, Felcra dan Risda.
Beliau berkata kerajaan menyasar pembinaan 126,000 unit PPA1M untuk penjawat awam di seluruh negara dan setakat ini hampir 3,500 unit siap dan diduduki, bakinya sedang giat diusahakan.
"Insya-Allah, menjelang 2020, kesemua jumlah unit yang disasarkan akan siap sepenuhnya... ini merupakan satu tanda atau milestone yang bermakna ke arah pengisian agenda perumahan negara," katanya.
Perdana menteri berkata bagi setiap unit PPA1M yang dibina untuk para penjawat, nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah daripada RM25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada saiz rumah.
Memberi contoh rumah kediaman yang berkeluasan 1,200 kaki per segi (kps) dengan harga jualan RM260,000, nilai subsidi kerajaan adalah RM30,000 manakala bagi rumah berkeluasan 1,500 kps yang harga jualah adalah RM300,000, nilai subsidinya RM38,000, katanya.
Dalam satu kenyataan PPj, projek PPA1M Larai mempunyai 1,680 unit yang terdiri daripada 536 unit dan 16 unit untuk Orang Kurang Upaya yang masing-masing berkeluasan 1,000 kps, 748 unit berkeluasan 1,200 kps dan 380 unit berkeluasan 1,500 kps.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment